• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
Facebook Instagram Twitter youtube Google+

Live to Inspire



Assalamualaikum!

     Hari ni AN nak share tentang pengalaman AN sepanjang trip ke Bangkok pada awal bulan Jun tahun lepas (2015).

      Tujuan AN ke Bangkok adalah untuk mengikuti satu event terbesar Herbalife iaitu Extravaganza. Pada awalnya, AN langsung tidak terfikir untuk ke sana. Yelah. AN pun baru dua bulan buat keputusan untuk serius buat business ni. Dengan pengalamannya takde, ilmu pun takde, tambah2 lagi diri ni tak pernah jejak kaki keluar dari negara Malaysia ni, seriously, memang langsung tak terfikir untuk ikut serta dalam event tersebut.

      Tapi entah macam mana, dalam tempoh sebulan sebelum event tu,  coach tercinta AN ajak AN untuk join jugak event tersebut. Kebetulan pula salah seorang coach dari team kami memerlukan seorang teman untuk pergi dan tinggal bersamanya kerana suaminya tak dapat turut serta. Tambahan lagi beliau ada anak kecil yang perlu dibawa bersama. Setelah berkira-kira, AN buat keputusan untuk pergi. Dengan syarat just for learning only. Bukan untuk enjoy habiskan duit ke mana-mana. Coach AN tak kisah. As long as AN dapat pergi untuk dapatkan ilmu yang lebih banyak tentang business dan nutrition. Rugi katanya kalau tak belajar dengan orang-orang hebat kat sana.

      Maka bermulalah kisah persiapan perjalanan AN ke Bangkok. Everything was done within a short time. Nama pun tak rancang. Jadi, semua benda yang perlu diselesaikan tu dibuat dalam masa tiga minggu sebelum tarikh berlepas ke Bangkok. Mula-mula kira bajet dulu. Berapa nak kena pakai untuk passport, tiket flight, hotel dan duit belanja kat sana. Lepas tu, kena campur sekali tambang dari Gombak ke KLIA dan tambang dari Gombak ke Besut, Terengganu sebab plannya nak terus balik kampung lepas balik dari Bangkok tu.

Secara roughly, ni total expenses:

PERKARA RM
Passport 200
Tiket Flight (Return) 380
Hotel (5 hari 4 malam) 270
Tambang bas dr KL Sentral ke KLIA (return) 20
Tambang LRT dari Gombak ke KL Sentral (return) 10
Tambang bas dari UIA ke LRT Gombak (return) 2
Exchange ke THB (850 THB) 100
JUMLAH 982

     Al-kisahnya, flight ke Bangkok yg dah dibook sepatutnya berlepas pukul 10 malam. Tapi kitorang buat go show untuk awalkan flight tapi AN dapat flight berlainan dari partner. Dia dapat flight pukul 5 petang while AN dapat pukul 6.50 petang. Maka bermulalah kisah seorang Afifah Nabilah naik flight ke Bangkok seorang diri. Bayangkan seorang yang tak pernah ke luar negara, tiba-tiba first time nak naik flight ke oversea seorang diri. Dengan tak tahu macam mana sistem nak masuk ke balai berlepas, macam mana nak buat inspection imigresen and etc. Serius pengalaman beb!

     Tambah pulak, hari kejadian tu tak pasal-pasal pulak demam. Wuu.. Nangis sensorang naik flight. Duk fikir nak balik dah masa tu. haha. Nasib baik masa nak naik flight tu ada sorang mamat ni. Rasanya either Chinese or Korean. Takde apa pun. Cuma sebab dia pun travel sensorang, kebetulan pulak seat kitorang sebelah-sebelah, rasa macam lega sikit sebab ada orang macam kita. And dia pun macam gaya tak berapa sihat gak. Haha. Time tu rasa macam Allah hantar seseorang untuk hilangkan rasa risau, gelisah dan tak senang dalam hati kut. At least dah tak fikir bukan-bukan macam takut flight terhempas tu sume (sebab masa tu flight MAS asyik terhempas je. Bimbang jugak kita).

Sempat lagi update kat instagram sebelum masuk flight

     Bila dah sampai kat Airport Suvarnabhumi, AN tak tau nak contact partner tu macam mana sebab takde nombor sana dan takde wifi. Last-last, AN decide nak gerak pergi hotel tu terus. Pergi kat information counter tanya kat mana nak naik teksi. Lepas dah dapat teksi, terus tunjuk kat dia alamat hotel (Mida City Resort). Then, dari airport Suvarnabhumi ke Mida City Resort (dekat area Pak Kret) tu agak jauh la jugak dan ada dalam 3 tol. Setiap tol kena bayar around 25 - 70 THB. Jumlah tambang (tanpa tol sebab tol dah bayar sendiri tadi) dalam 450-550 THB (AN dah lupa jumlah exact berapa).

Resit bayar tol

      Masa mula-mula sampai hotel tu memang rasa AN nak tidur sebab penat dan demam. Jadi terbayang-bayang katil je. Hotel tu cantik sesangat! Hotel tiga bintang la katakan. 

Mida City Resort

     Training kami bermula pada 13hb, dan memandangkan kami ke sana pada 11hb, kiranya pada 12hb tu kami bebas untuk buat apa yang kami nak. Dan my partner beserta satu lagi keluarga yang datang bersama kami keluar pergi round Bangkok. Mereka pergi melawat Madame Mossaille wax museum and etc. But unfortunately for me, sebab demam, memang tak rasa nak pergi mana-mana. Jadi, rehat je la kat bilik tu sambil tengok tv. Oh ya! Kat Bangkok susah nak dapat makanan halal. Kalau ada pun, memang mahal. Jadi, AN dah siap awal-awal bawak bekal roti penuh satu beg. Memang plan nak makan roti je sepanjang kat Bangkok. Nak jimat punya pasal. Tragis betul. Haha.

Nampak tak bagasi tu? Haa.. dalam tu penuh bekalan makanan. haha

     Jadi, pada keesokan harinya, demam dah baik sikit tapi kali ni sakit lain pulak datang. Period pain! Bayangkan perasaan bila kena period pain hari first, mesti rasa macam tak nak pergi mana-mana dah. Tapi tak boleh la sebab hari tu dah start training. Lalu kugagahkan jua diri ni ke training. Sampai sana, memang rasa awesome giler! Tapi sakit tu tak hilang lagi. Tapi sambil-sambil sakit pun, banyak input baru belajar. Dan berjaya tempuh dua hari training tu tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah. 

26,000 Herbalifers dari seluruh Asia Pacific

Tak pernah sangka yang saya akan berada di sini

Tukar shake dengan Herbalifer dari Taiwan

Tukar shake Capuccino with Cookies and Cream

Sebelum gerak balik hotel last day training

Sangat-sangat berterima kasih dekat kedua-dua insan berjasa ni. You guys are the reason why I was there!

Sebelum masuk training hari last

Sebagai tanda I was here at that time

Bergambar dengan Ronaldo

Katanya takde lagi gambar bersama berlatar belakang Herbalifers

Proud to be Malaysian

Selfie sikit

Gambar first yang tak jadi. lol

Selfie sebelum start sesi kedua

Here I am. The only person yang pakai baju kurung kat situ.

You're my savior yaya!

Orang beratur nak masuk tandas. Giler panjang!

Pergi mana-mana pun memang tak pernah lupa bawak shake. My healthy breakfast!

      That concludes my post today. Sebab dah start busy buat preparation untuk next Extravaganza di Singapore, tu yang terasa nak throwback trip ke Bangkok tahun lepas. Tahun lepas AN pergi secara bidan terjun. Tanpa proper preparation. Korang yang pernah pergi travel secara mengejut mesti tau macam mana rasanya pergi travel secara mengejut. Bukan setakat emosi dan duit je yang terkejut. Badan pun terkejut sampai demam. Haha. Kalau nak tanya either cukup ke tak duit yang AN bawak tu? Haa.. jawab dia, tak cukup. Masa nak balik tu, partner yang tolong cover dulu duit teksi ke airport. Dah balik malaysia baru transfer balance kat dia dalam RM. Kira tak banyak keluar duit sebab AN tak belanja pun kat sana selain dari duit transport gerak pergi balik dari hotel ke Impact Challenger tu. Dan duit beli air mineral kat Seven Eleven. Duit makan dah tak keluar sebab dah bawak bekal makanan satu bagasi tu. Memang niat ke sana semata-mata nak belajar. Jadi, bajet duit pun cukup-cukup untuk tujuan belajar je la. Hehe.

      Terima kasih buat Coach Fatihah dan Coach Yaya atas bantuan kalian. Tanpa kalian, memang tak sampailah Afifah Nabilah ke Extravaganza Bangkok for the first time and ever. Moga next trip kita dipermudahkan urusan olehNya. Ameen.




& Afifah Nabilah

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Assalamualaikum.

     Setelah sekian lama menyepi, kini blog ni kembali dengan wajah yang baru, sesuai dengan azam baru untuk permulaan semester yang baru. Hehe.

     Malam ni tak boleh tidur dek petang tadi, lepas balik kelas dah pun terbongkang tidur atas katil. Tengah-tengah duk skrol News Feed kt FB, terbaca pertanyaan seorang rakan tentang masalah kegatalan kulit yang dihadapinya, terutamanya di bahagian celah ketiak, celah kelangkang dan juga di bahagian private part. 

     Saya yakin, semua orang pernah mengalami masalah kegatalan kulit terutamanya di bahagian private part. Tak kiralah samaada lelaki atau perempuan. Teringat masa mula-mula saya mengadu dekat mak tentang masalah kegatalan yang sangat serius ketika di sekolah menengah. Mak bawa ke klinik swasta yang selalu memang selalu kami sekeluarga pergi. Kat klinik tu hanya seorang doktor sahaja yang bertugas (since tu memang klinik dia). Doktor tu doktor perempuan dan merupakan doktor pakar sakit puan (tapi dia entertain semua jenis masalah. Tak semestinya masalah perempuan sahaja). Time tu, lepas doktor buat check up, dia cakap, tu sebenarnya jangkitan fungal. Puncanya adalah disebabkan oleh humidity yang ada di kawasan yang terlibat. Katanya lagi, disebabkan cuaca kat Malaysia yang sekejap panas, sekejap hujan ni menambahkan lagi risiko untuk terdedah kepada jangkitan fungas. Jadi, doktor cadangkan kepada saya (ketika itu) untuk mengambil beberapa langkah untuk mengelakkan daripada masalah ini daripada kembali berulang di samping memberikan beberapa pil untuk tahan gatal, ubat sapu, ubat mandi dan bedak. 

     Di sini akan saya senaraikan langkah-langkah yang perlu diambil (langkah yang diberikan oleh doktor dan diolah mengikut yang saya rasa sesuai) dan juga produk yang boleh digunakan.


Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil Bagi Mengatasi Masalah Kegatalan Kulit

  1. Kenal pasti jenis kegatalan yang dihadapi. Ada juga sesetengah kegatalan adalah disebabkan oleh alergi dan ada juga disebabkan oleh fungus.
  2. Kenal pasti tahap keseriusan masalah kegatalan. Jika berlaku kegatalan yang sangat kritikal, saya nasihatkan anda supaya berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan dan nasihat yang sewajarnya.
  3. Pastikan bahagian yang dijangkiti itu sentiasa berada dalam keadaan kering. Lap badan setiap kali lepas mandi terutamanya di bahagian-bahagian celah ketiak dan celah kelangkang. Ini untuk mengelakkan berlakunya pembiakan fungus yang berterusan.
  4. Sekiranya bahagian yang dijangkiti itu adalah di bahagian private part (celah kelangkang and etc), pastikan anda memakai pakaian yang membenarkan aliran udara melalui bahagian tersebut. Contohnya, tidur tanpa memakai underwear, sentiasa memakai kain berbanding memakai seluar.
  5. Guna sabun atau shower cream yang bertindak anti-fungal dan anti-bacterial. Cari sabun atau shower cream yang mempunyai fungsi kedua-dua anti-fungal dan juga anti bacterial. Sabun anti-bacterial sahaja tak mampu untuk meredakan pembiakan fungus. Contoh sabun antifungal yang boleh digunakan adalah Franch Neem Hygiene Protection Soap .
  6. Sapu cream anti-fungal pada bahagian yang dijangkiti. Pergi farmasi dan cari cream anti-fungal. Anda juga boleh gunakan bedak anti-fungal seperti bedak Candid Clotrimazole (bedak ni sangat berkesan dalam mengatasi masalah fungus). 
  7. Bagi wanita, amalkan penggunaan feminine wash agar bahagian vagina anda sentiasa berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada pembiakan bakteria dan fungus. Suggestion feminine wash yang bagus untuk digunakan adalah Lactacyd Probalance pH 3.5.
  8. Amalkan pemakanan yang sihat dan banyakkan minum air masak.

Produk Yang Boleh dan Disarankan Untuk Digunakan

# Kesemua produk ini telah terbukti berkesan melalui pengalaman saya sendiri menggunakannya.

Franch Neem Hygiene Protection Soap 
(Website | Facebook)

Boleh didapati di Mydin, Giant, Watsons, Farmasi


 Candid Clotrimazole Dusting Powder

Boleh didapati di farmasi. Kena minta dekat kaunter kerana ni ubat terkawal.

Lactacyd Pro Balance Daily Feminine Wash

Boleh didapati di farmasi, watsons, guardians

     Tips yang diberikan di atas adalah berdasarkan amalan saya sendiri. Sekiranya anda mengalami masalah yang lebih serius, adalah dinasihatkan supaya berjumpa directly dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Akhir kata, take care of your personal hygiene. Jangan tunggu sehingga mendapat penyakit yang serius baru nak ambil tau tentang personal hygiene. Bertindaklah daripada sekarang. Prevention is better than cure. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda di bawah. Terima kasih. :)

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments




    Newbie in cooking?? Don't know how to cook soup?? Don't worry. Today I'll teach you how to cook basic soup in just 5 minutes with this simple steps. Check it out! :)


SUP BEBOLA AYAM (KFC Style)

Bahan-bahan:


Bahan-bahan
Share
Tweet
Pin
Share
No comments



     Are you new in blogging? Don't know how to change templates and background on blogspot? And don't know where you an get awesome templates and awesome backgrounds? Don't worry. Here I'll teach you how to change your existing templates to the new one or how to create custom templates using your own background. Keep reading and give it a try! :)


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


     
      "Ayie! Kau dengar tak apa aku cakap ni?!" Aduh! Sakitnya hati bila apa yang diceritakan langsung tidak dilayan. Ayie pandang muka Mad sekilas sebelum menyambung kembali pembacaannya. 

     "Kau ni Ayie. Selalu macam tu. Asal aku cerita apa-apa je kat kau, bukan nak tolong bagi pendapat ke apa ke. Macam cakap dengan dinding tau tak? Baik aku cakap dengan "dinding Muka Buku" lagi best." Rungut Mad. Geram.

     "Great Wall of China." Sahut Ayie ringkas. Penuh makna.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments



      "Ayie! Bangun la yie! Sampai pukul berapa kau nak tidur ni?? Dah tengahari kot." Puas Angah kejutkan si Ayie ni. Tak bangun-bangun jugak. Ni la jadinya kalau malam berjaga sampai pukul 4, 5 pagi.


     "Ayie! Baik kau bangun sekarang sebelum mama membebel. Tak sakit ke telinga kau duk dengar mama membebel hari-hari??" Suara Angah kedengaran lagi. Membebel.


     "Dah nak tukar bangsa kot kau ni. Jadi kelawar. Siang tidur, malam berjaga. Sama la dengan kau. Tak nak apply tukar bangsa dan keturunan ke kau yie?" Angah menyindir adiknya yang satu tu.

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Assalamualaikum..

     Today's post is a little bit sentimental. But no harm intended.  Cuma untuk melegakan hati yang sedikit keresahan dek dosa yang bertambah-tambah apatah lagi pada hari raya ni. Ye la. Mana tak bertambahnya bila jumpa saudara-mara, sahabat-handai, mulalah bergosip itu dan ini. Astaghfirullah. Lalainya aku. Okep. Back to our topik. "Best Friend Forever Kah Kita?". Sebenarnya post ini lebih kepada meminta pendapat berbanding memberi pendapat. The story begins...

     Aku ada seorang sahabat lelaki, L (bukan nama sebenar). L adalah seorang lelaki yang baik n dia sebenarnya adalah seorang yang pendiam dan kurang mesra. Aku mula kenal L pada tahun 2007 (satu sekolah dan satu kelas) tapi aku mula bercakap dengannya pada akhir tahun 2009 (kerana sekolah kami membatas perhubungan lelaki dan perempuan dan dia bukan seorang yang agak peramah yang rapat dengan perempuan). Kami berhubung pun kerana sahabat perempuan aku, M (mereka saling berhubung dan saling menyukai). Sejak dari tu, aku selalu berhubung dengan dia dan mostly sebab berhubung tu adalah untuk berbincang tentang apa-apa masalah dan perjalanan kisah cinta mereka berdua (L dan M).

     Ketika itu, aku dan L hanyalah bersahabat kerana L perlukan nasihat dan bantuan aku untuk kisah cintanya (kalau takde apa-apa masalah, kami tak berhubung n lost contact. He will find me only when he needs me). Hubungan tersebut berterusan sehingga tahun 2011. Pada tahun 2012, Kami bergaduh besar. And starting from that, hubungan kami mula rapat as a friend (bukan kerana kaunseling cinta seperti sebelum ni). Tapi still, rapat-rapat pun kami, I'll not ask him for advice because asking him just like I'm asking the wall. No response is given.

     We always go out together and of course with the presence of our other friends. My mom knows about him and he always come to my home and I also always go to his home (of course because of some occasions and reasons.) Tapi kadang-kadang terfikir jugak aku. Kami ni sebenarnya berada dalam kategori mana? Bestfriend or just a simple friend? Nak kata bestfriend, macam tak logik. Nak kata kawan biasa, macam tak macam kawan biasa.

Nak tau kenapa aku cakap macam tu? baiklah. Berikut adalah point-point nya:

1) Dia lupa nama full aku dan ingat-ingat lupa tarikh birthday aku (tak tau la kalau sekarang dah ingat sebab sepanjang 4 tahun kami berkawan, 4 tahun tu jugak la aku ingatkan dia. huhu)

2) Aku sayang dia sangat-sangat (as a friend yg rapat ngan kita la) tapi tak tau sama ada dia sayang aku atau tak. (nampak gaya mcam tak je (_ _") )

3) Bila aku ceritakan masalah aku kat dia, dia buat tak tau je. Tak pon dia bagi je apa-apa pendapat yang tak munasabah dan langsung tak membantu. Kadang-kadang dikutuknya lagi aku ni.

4) Dia selalu minta pendapat aku bila dia ada masalah dan aku selalu tolong dia fikir penyelesaian. (Tiket balik kampung untuk raya hari tu pun aku yang kena fikir dan ikhtiar cari tiket)

5) Sometimes, perangai dia macam budak kecik, terlebih manja. Sampai nampak macam aku ni mak, dia anak.

6) Kami tak pernah declare yang kami kawan baik. And dia tak pernah pun mengaku depan aku yang aku ni kawan dia.

7) Satu je yang bagus pasal dia, asal aku suruh dia buat apa-apa je, dia buat dengan rela hati. tak perlu paksa-paksa. Maybe sebab aku selalu penuhi permintaan dia kot. kira balas budi la tu kot.

8) Bila dia start rapat dengan kawan perempuan yang lain, aku jealous. Aku bukanlah jenis yang pandai berkata-kata, bukan jugak jenis yang pandai buat orang suka dengan sikap aku. Jadi, bila dia mula rapat dengan orang lain, of course aku rasa tersisih. Aku tak nak hubungan kami terhenti setakat ni je. That's not what "Friend" means.

      Tak tau nak cakap macam mana. Kadang-kadang aku tertanya sendiri. Kawan baikkah aku dengan dia ni? Aku akui, he's my bestfriend but, siapa aku pada dia? Kawan baik jugak ke? Sebab tu aku tak mengaku apa-apa pun pasal ni. Aku sebenarnya tak naklah meng"complicated"kan otak aku ni.  Dah la tengah-tengah best cuti raya ni. Tapi, sebanyak mana pun aku cuba ignore, aku tetap jugak terfikir. Kita ni bestfriend ke kawan biasa sebenarnya?  Haih. Masih tak terjawab soalan tu. Apa pun, Aku nak cakap, no matter who I'm to you, you're always will be my friend, forever because I made that promise. remember? (of kos hang tak ingat. mana ada aku janji nak sehidup semati ngan hang. nak mati, p mati sensorang. xyah ajak aku.) Peace no war. If siapa-siapa nak bagi pendapat, jangan malu-malu, jangan segan-segan, please drop your comment below dan tolong jawab soalannya sekali ek. hehe. :)

(Situasi lepas kena dump)
Aku: Susahkan nak terima kenyataan yang org yang kita sayang tak sayang kita. Pahitnya sebuah kenyataan. :'(
L: Betul2. Jom bunuh diri.
Aku: Kepala hotak hang. Nak mati, p mati sorang2. Tak payah ajak aku. Aku masih ada iman~~

L: Nanti iftar kat umah kau tu aku tak join kalau si H ada.
Aku: awat lak?
L: Aku takut.
Aku: Laa.. gaduh lagi ke ngan dia?
L: Biar la. Tapi aku tak nak p lau dia ada. Atas kau ah. Kau nak dia p ke aku yang p. Salah sorang je boleh
Aku:.........
(Last-last kau mai jugak walaupun si H ada. Haih. Macam-macam)

P/s: to L, if you happened to read this post (walaupun aku tau kau takkan baca sebab kau malas nak baca)... tolong jawab soalan aku tu ek. jangan lagi kau biarkan aku tertanya-tanya dan confused. Bukan apa. letih tau berfikir. Kesian kat aku ni. Dah la ada migrain. T.T Just kidding. Kbai.


"O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted." (Al-Hujurat 49:13)

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Assalamualaikum...

     Setelah berbulan2 blog ni dibiarkan terbiar, dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap blog ni, maka, pada malam ini, jari-jemari ini kugagahkan jua untuk mencoretkan satu cerita buat tatapan semua meskipun mata sudah berat meminta-minta untuk ditutup, maklumlah, beraya sakan pagi tadi. Nasib tak pengsan je tadi. hehe. Anyway, taknak cakap banyak, so enjoy your reading! :)

Ramadhan Buat Diriku

9 Julai 2013

     Hari ini merupakan hari yang paling gembira dalam hidup aku kerana pada hari esok aku akan dikunjungi Ramadhan yang telah lama aku nantikan. setelah mendapat berita tentang kedatangannya untuk berjumpa denganku, aku berasa sungguh tidak sabar untuk menyambutnya. Segala persiapan telah aku lakukan supaya aku dapat berjumpa dengan Ramadhan dalam keadaan yang terbaik.

10 Julai 2013

     Ramadhan tiba lebih awal dari yang aku jangkakan. Tapi tak mengapa. Aku lagi suka. Siapa sangka aku masih berpeluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan setelah setahun tidak bersua muka dengannya. Sejak dari awal Ramadhan datang, sehinggalah pada saat aku tulis diari ini, tidak dapat kugambarkan betapa gembiranya hati ini. Azamku, ingin kuperangi Ramadhan habis-habisan agar tahun ini aku tidak lagi kalah kepadanya. Hebatnya Ramadhan.

29 Julai 2013

      Hari ini telah genap 20 hari Ramadhan bersamaku. Dan kehidupanku semakin sibuk. Melihatkan keadaanku yang tidak terurus dan sentiasa mengeluh keletihan, lalu Ramadhan menegurku, "Letihkah kamu? Tidakkah kamu ingin sangat bertemu denganku? dan sekarang, setelah aku datang bersua muka denganmu, kamu mengeluh mengatakan kamu letih bersamaku? Sejauh manakah penantianmu terhadapku sebenarnya? Adakah sekadar menantikan aku datang agar aku melihat segala kelalaianmu?" Aku hanya diam membisu. Lalainya aku.

7 Ogos 2013

     Masa berlalu dalam sekelip mata, tersangatlah cepat lagaknya, entah apa yang dikejarkannya. Petang tu Ramadhan bersiap-siap untuk pergi. Saat Ramadhan hendak pergi, kutahan dirinya lalu bertanya, "Mahu ke manakah kamu?" Ramadhan menjawab, " Maaf. Aku harus pergi, mungkin  lama dan mungkin jugak aku tidak akan kembali lagi menemuimu. Pesanku padamu, ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukamu, peluklah Istiqamah saat dirimu kelelahan dalam perjalanan Taqwamu. Ingatlah pada Iman dan peganglah ia seerat-eratnya saat dirimu lalai dalam keinsafan.Itupun Syawal telah tiba.. maka aku harus pergi sekarang. Selamat tinggal." Syawal datang menghampiriku manakala Ramadhan pergi meninggalkan aku. Aku lihat dirinya yang semakin menjauh dariku.. ya, dirinya makin jauh seakan-akan ia tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.. Hatiku berbisik, " Ya Allah.. Masih adakah peluang untuk aku bertemu Ramadhan lagi? Berikanlah aku kesempatan untuk bertemu dengannya lagi. Sungguh, aku ingin bertemunya lagi pada tahun depan. Amiin.. " Sesudah itu, kujemput Syawal masuk.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

Maaf Zahir dan Batin :)

 



Share
Tweet
Pin
Share
No comments



* ANNOUNCEMENT!!  Sorry for the late publish! This entry dah jd draft selama sebulan. It's not like I don't want to post it but... tak sempat hari tu. tambah pulak dengan masalah teknikal. So, faham2 la yer bila baca tuh bunyi cam tak kena jer ngan waktu sekarang. I know, you guys semua dah masuk dah pun UIA n just finished your Taaruf week right? Tapi takpe la. Sayang pulak nak delete entry ni. So, I made a decision to post it. Samaada ada org tengok atau x, belakang kira. Janji entry ni dah tak menyemak kt ruang draft. hehe. Sorry once again! Thanks. :) *

Assalamualaikum! Hye guys!

     It has been a while right? I just finished my final examination. It was a hard time to me and I had done it very bad. Oh my God! Don't know what to say. Just hoping I'll not fail all of them. Anyway, for the SPM leavers, UPU result had already out right? So is there any of you got accepted in CFS IIUM? For those who doesn't succeed to be accepted into your chosen university, don't be sad. The truth is, it doesn't matter where you are studying as long as you are serious about your study. So, keep your smile and move forward! Maybe there are some exciting things in that university, the one that you got from UPU. :)

     Okay! As promised, in this post I'll share some pictures of IIUM Gombak and Mahallah Maryam, where you, the one who got the course foundation of  Economics and Management Sciences (ECONS) CFS IIUM will study and stay. But before that, below is the list of the things that you should brings when you're going to live here (in case you had never stay in any hostels before).

ITEMS:
# Curtain
# Bed Sheets
# Pillow and pillowcase
# Towels
# Sejadah + Pakaian solat/Telekung
# Baju Kurung/Jubah/Kemeja (putih adalah wajib)/Baju Raihan/any formal clothes (for class attire)
# Shoes (dark colour like black. for class attire)
# Slippers
# Tudung (labuh + tutup dada. pastikan bawak tudung kaler putih byk2 sbb  korang kena pakai tudung putih sepanjang taaruf week dan setiap kali hari rabu)
# Sarung Kaki + Kain dalam + sarung lengan (girls only)
# Pakaian tidur
# Casual clothes (for other than waktu class. No skinny jeans/legging)

# Bag
# Pail + alatan mandi
# Sport attire (kasut sukan/baju sukan/alatan sukan sprti squash)
# Penyepit baju + hangers
# Iron + Iron board
# Bakul sampah + penyapu + Penyodok sampah
# Torchlight
# Laptop/notebook
# Motorcycle

     Anyway, you can bring whatever things that you want to use as long as it is not the blacklisted items. Then, enjoy the pictures! (click on the pictures for larger image) :)

Mahallah Khadijah, tempat penginapan aku sepanjang taaruf week

During the Taaruf Night (Malam Gala)



Waiting for the bus time nk pindah ke Mahallah Maryam, Gombak

Berikut adalah gambar2 ketika campus tour:
Sungai Gombak yang mengalir di tengah2 UIAM Gombak. kami panggil sg Tea Susu disebabkan warnanya yg amat menarik. :)

Pasu oh pasu!

Rehat kejap lepas seharian buat campus tour.

CAC Hall. Cantik kan? :)

Education Building.. maybe?

Education Building

OSC Building

In CAC Hall

OSC Building

Edu Square..

Waiting for the next trip.. (campus tour)



Ruang tgh block engineering (tmpt belajar kita)




Bangau oh bangau!


At Mahallah Maryam:

Block D

Multipurpose Hall (time Leadtrain)

bangku rehat belakang blok


Bangku di ruang tengah centre, depan cafe n mahallah office

Kiosk zc

Laundry room

laluan dr mahallah office menuju ke cafe mak cik

Cafe Mak Cik


Lobby Block B

Ruang basuh baju

Ruang basuh baju

Water Cooler kt pantry

Sinki kt pantry

Ruang Pantry (rotate utk tgk)

Coin Laundry at level 1 Block B

Ruang jemuran

Bilik at level 1, 8 org satu bilik n 1 bilik ad 4 compartment (rotate utk tengok)


Compartment utk bilik level 1 (2 org satu compartment, katil double)

Meja study double (bilik level 1)

locker

Locker sorang 1 (bilik level 1)
Ruang tengah Block



Koridor level 2

Compartment level 2-4 (4 org 1 bilik, sorang 1 compartment)

Katil di atas, meja study di bawah (bilik level 2-4)

Locker (bilik level 2-4)

Rak buku (bilik level 2-4)

Board sorang satu

Kipas pusing.. best.. sejuk sgt.. hehe

Keadaan toilet di Mahallah Maryam:

Shower room

Shower Room

Tandas

Tandas

Sinki (dalam toilet)

Tempat ambil wuduk (dalam toilet)

laluan dalam toilet

 Gambar kelas aku (SEM 1 2012/2013 dan SEM 3 2012/2013).. Enjoy the pic! :)

Last day SEM 1 2012/2013 with Madam Hazni (Accounting 1)

Good Luck everyone!

jumpe lg next sem! :)

Gambar kenangan SEM 1 2012/2013 at bangunan KICT

Preparing for taking class's picture SEM 3 2012/2013

Sahabat Selamanya....Group 911

Sempat lg snap after taking the official picture

candid!

Sahabat selamanya SEM 3 2012/2013

Please remember me...

Unforgettable day...

Official Group 911 Picture! Welcome to Mahallah Maryam! :)

That's all from me. Thanks. Wassalam.

Welcome to ECONSS family! :)

#p/s: Enjoy the videos below! :)


Farewell Video Group 925 SEM 1 2012/2013


Video English Project Group 952 SEM 1 2012/2013 
 
See FAQ about Foundation of Economics and Management Sciences


"The example of the two parties is like the blind and deaf, and the seeing and hearing. Are they equal in comparison? Then, will you not remember?" (Huud 11:24)
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Older Posts

About me

About Me

STUDENT | ENTREPRENEUR | DESIGNER | FITNESS ENTHUSIAST
Hi, I'm AN, the author of this blog. I write about everything that evolves around me including my fitness journey. Yosh!
I am writing with a purpose to INSPIRE others especially to those who share the same life story as me. LIVE TO INSPIRE!

Blog Archive

  • ▼  2016 (1)
    • ▼  March (1)
      • Throwback Trip ke Bangkok 2015
  • ►  2014 (1)
    • ►  October (1)
  • ►  2013 (11)
    • ►  November (4)
    • ►  August (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (2)
    • ►  November (2)

Join Us!

Tweet Tweet

Follow @afifahnbilah
Tweets by afifahnbilah

Sponsor

Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose