Recipe Sup Bebola/Ayam/Sayur

by - Tuesday, November 12, 2013





    Newbie in cooking?? Don't know how to cook soup?? Don't worry. Today I'll teach you how to cook basic soup in just 5 minutes with this simple steps. Check it out! :)


SUP BEBOLA AYAM (KFC Style)

Bahan-bahan:


Bahan-bahan
  •  Bawang putih (6 ulas)
  • Udang kering/baring (secubit)
  • Bebola ayam (kuantiti sesuka hati)
  • Kiub pati ayam Maggi/Knorr (1 kiub)
  • Serbuk lada hitam (secubit/ 1 sudu kecil)
  • Gula (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)
  • Air (secukup rasa) 
  • Minyak masak (sedikit sahaja, cukup-cukup untuk menumis bawang)

 Cara-Cara: 



  1. Tumbuk bawang putih bersama udang kering sehingga lumat.
  2. Potong bebola ayam kepada 2 bahagian. (kalau taknak potong dan masukkan sebijik-sebijik pon takde masalah. Ikut selera masing-masing)
  3. Kemudian, panaskan minyak (pakai periuk. Jangan pakai kuali pulak!)
  4. Masukkan bawang putih yang telah ditumbuk tadi dan tumiskan sehingga kekuningan.
  5. Masukkan air dan besarkan api sedikit.
  6. Masukkan kiub pati ayam.
  7. Masukkan bebola ayam. Biarkan sehingga air sedikit menggelegak.
  8. Masukkan garam dan gula secukup rasa (sukatan yang biasa saya guna adalah 2 sudu kecil)
  9. Masukan serbuk lada hitam.
  10. Kacau dan biarkan sehingga air betul-betul menggelegak.
  11. Lepas tu, tutup api dan siap untuk dihidangkan. Simple je kan. :)


SUP AYAM

Bahan-Bahan:
  • Bawang putih (6 ulas)
  • Udang kering/baring (secubit) - Optional
  • Ayam (kuantiti sesuka hati)
  • Kiub pati ayam Maggi/Knorr (1 kiub)
  • Serbuk lada hitam (secubit/ 1 sudu kecil) - Optional
  • Gula (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)
  • Air (secukup rasa) 
  • Minyak masak (sedikit sahaja, cukup-cukup untuk menumis bawang)
  • Sup Bunjut
  • 2 buku ubi kentang (potong saiz dadu)

 Cara-Cara:
  1. Tumbuk bawang putih bersama udang kering sehingga lumat. (kalau tak letak udang kering, tumbuk bawang putih je)
  2. Potong ayam mengikut saiz yang diingini (dinasihatkan untuk potong saiz kecil. Tapi ikut selera masing-masing lah. Besar pun pun boleh cuma lambat masak la.)
  3. Kemudian, panaskan minyak (pakai periuk. Jangan pakai kuali pulak!)
  4. Masukkan bawang putih yang telah ditumbuk tadi dan tumiskan sehingga kekuningan.
  5. Masukkan ayam yang telah dipotong.
  6. Masukkan ubi kentang yang telah potong dadu.
  7. Kacau sekejap. Kemudian masukkan air dan besarkan api sedikit.
  8. Biarkan sehingga air sedikit menggelegak dan masukkan kiub pati ayam dan sup bunjut.
  9. Masukkan garam dan gula secukup rasa (sukatan yang biasa saya guna adalah 2 sudu kecil)
  10. Masukan serbuk lada hitam (optional. tak letak takpe)
  11. Kacau dan biarkan sehingga air betul-betul menggelegak. (Jangan tutup api selagi ayam belum masak sepenuhnya walaupun air dah menggelegak)
  12. Lepas ayam dah masak, tutup api dan siap untuk dihidangkan. Simple je kan. :)


Sup Sayur/ Sayur Air/ Sayur Campur

Bahan-bahan:
  • Bawang putih (6 ulas) - ditumbuk
  • Bawang merah (2 ulas) - Dihiris nipis / Mayang
  • Udang kering/baring (secubit) - Optional (ditumbuk bersama bawang putih)
  • Sayur (Sawi/Kubis/Bunga Kubis/Lobak merah/Jagung muda) - Dipotong mengikut citarasa
  • Soh hun (maen eja je ni. taktau betul tak eja) - Optional mengikut selera
  • Ayam/Bebola/Udang/Sotong (dipotong halus/potong dadu) - Optional mengikut selera
  • Kiub pati ayam Maggi/Knorr (1 kiub)
  • Gula (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)
  • Air (secukup rasa) 
  • Minyak masak (sedikit sahaja, cukup-cukup untuk menumis bawang)

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak (pakai periuk. Jangan pakai kuali pulak!)
  2. Masukkan bawang putih yang telah ditumbuk tadi dan tumiskan bersama bawang merah yang dihiris nipis sehingga kekuningan.
  3. Masukkan ayam/udang/sotong/bebola yang telah dipotong dadu tadi. (kalau letak. kalau tak, abaikan step ni)
  4. Kacau sekejap. Kemudian masukkan air dan besarkan api sedikit.
  5. Biarkan sehingga air sedikit menggelegak dan masukkan kiub pati ayam.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa (sukatan yang biasa saya guna adalah 2 sudu kecil)
  7. Masukkan suh hun (kalau letak. kalau tak, abaikan step ni)
  8. Lastly, masukkan sayur yang telah dipotong tadi.
  9. Kacau dan biarkan sehingga air betul-betul menggelegak. (Jangan tutup api selagi sayur belum masak sepenuhnya walaupun air dah menggelegak)
  10. Lepas sayur dah masak sepenuhnya, tutup api dan siap untuk dihidangkan. :)

Simple je kan nak masak tiga jenis sup ni. Ini adalah cara yang paling simple dan mudah. Sesuai bagi yang baru nak belajar masak and baru nak kenal dapur. Kalau yang dah terer tu, tak payah la try sebab anda mampu untuk buat yang lagi sedap. Hehe. Okey, SELAMAT MENCUBA! :)


You May Also Like

0 comments

Please DO NOT post comments containing profanity, sexual terms, or other inappropriate content (including politics, cheats, hacks, and password scams)