Are You A Batman?
"Ayie! Bangun la yie! Sampai pukul berapa kau nak tidur ni?? Dah tengahari kot." Puas Angah kejutkan si Ayie ni. Tak bangun-bangun jugak. Ni la jadinya kalau malam berjaga sampai pukul 4, 5 pagi.
"Ayie! Baik kau bangun sekarang sebelum mama membebel. Tak sakit ke telinga kau duk dengar mama membebel hari-hari??" Suara Angah kedengaran lagi. Membebel.
"Dah nak tukar bangsa kot kau ni. Jadi kelawar. Siang tidur, malam berjaga. Sama la dengan kau. Tak nak apply tukar bangsa dan keturunan ke kau yie?" Angah menyindir adiknya yang satu tu.
"Ngah! phone kau bunyi tu. Kak Nad call tu kot!" Ujar Ayie sambil menguap dan menggeliat kelesuan. Ngantuk bak hang. Semalam pukul berapa aku tidur tah. Hatinya berbisik. Ayie lekas bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.
Begitulah rutin hariannya sejak cuti semester ni. Bukan dia tak nak tidur awal. Tapi mata degil tak nak tidur. Mungkin kerana sikapnya ketika musim exam hari tu yang selalu stay up sampai pagi untuk study. Haih. Ayie mengeluh. Sudah dicubanya untuk mengubah gaya hidup itu tapi masih lagi tidak berjaya. Dia pun dah give up. Dah kau tak nak tidur sangat, movie marathon la aku malam-malam. Bisik hatinya lagi.
"Ayie! Along ajak kita pergi solat Jumaat sesama. Cepat sikit mandi tu!" Laung Angah dari luar bilik air.
Usai mandi,Ayie bersiap-siap memakai baju melayu dipadankan dengan kain pelikat. Dicapainya kopiah yang terletak di dalam almari sebelum turun ke bawah. Sampai je kat bawah, Along dan Angah sudah menunggu di luar rumah. Masjid hanya terletak beberapa meter je dari rumahnya. Jadi, sudah menjadi kebiasaan mereka berjalan kaki ke masjid.
"Hah! Siap pun kau. Kalau kau bangun awal pagi tadi boleh ikut Along pergi jogging. Ni Along tengok kau makin hari makin berisi je." Tegur Along saat dia tiba di hadapan Along dan Angah.
"Takde nya Along. Si ayie ni nak tukar bangsa jadi kelawar dah. hahaha." Sampuk Angah sambil ketawa.
"Dah-dah. Jom pergi solat. Nanti terlepas pulak bacaan khutbah." Along menamatkan perbualan mereka.
"Ayie. Mama nak tanya ni. Ayie dah ada girlfriend ke?"Soalan mama itu membuatkan Ayie yang sedang enak menjamu selera tersedak. Segera dicapainya gelas berisi air untuk melegakan tengkuknya.
"Mama ni. Kenapa pulak tetiba tanya pasal ni." Balas Ayie. Kehairanan. Along dan Angah hanya tersengih-sengih.
"Kalau takde lagi, mama ingat nak kenalkan dengan anak kawan mama ni. Baik budak tu. Berkenan mama." Ujar mama. Berharap.
"Ish mama ni. Ayie baru umur 21 tahun. Muda lagi la. Along ngan Angah pun belum kahwin lagi," Ayie memberi dalih.
"Haa! Betul tu ma! Ayie ni tak layak lagi nak kahwin ni ma. Bangun pun entah pukul berapa. Macam mana nak jadi ketua keluarga macam ni. Ketua bangsa kelawar boleh la. hehehe," Sampuk Angah sambil tersengih-sengih.
"Ish kau ni Angah. Tak habis-habis." Along hanya mampu menggelengkan kepala melihat gelagat kedua adik-adiknya ini. Sejak bapanya ditugaskan untuk bertugas di Australia dua bulan yang lepas, dialah yang menggantikan tempat bapanya sebagai ketua keluarga sepanjang bapanya bertugas di sana.
"Mama cakap je. Bukan nak suruh kahwin sekarang." Jelas mama.
"Ayie buat apa dalam gelap tu? Kenapa tak tidur lagi?" Along menegur kehairanan. Tadi dia turun ke tingkat bawah untuk mengambil air. Tapi dilihatnya televisyen di ruang tamu masih terpasang. Pelik. Lampu dah ditutup. Langkah diatur ke dapur. Dilihat macam bayang-bayang lembaga sedang menyelongkar peti ais. Lalu dibukanya lampu. Terkejut lembaga tersebut. Rupa-rupanya si Ayie. Ingatkan penceroboh mana tadi.
"Oh. Ayie tengah cari susu yogurt yang baru beli semalam. Tak jumpa. Tak mengantuk lagi la Along." Jawab Ayie sambil meneruskan lagi kerjanya menyelongkar peti ais tersebut.
"Susu tu dah abis. Angah habiskan petang tadi. Dah tu yang tv terpasang tu kenapa?" Soal Along lagi. Terbantut hasratnya untuk mengambil air. Ditukar niatnya ke arah tujuan yang lain. Adiknya ini perlu ditarbiah sikit. Kalau dibiarkan lama-lama, memang jadi ketua bangsa kelawar la Si Ayie ni. Along menggeleng kepalanya mengenangkan sikap adiknya itu.
"Ayie ingat nak layan Batman tadi. Tu yang ayie bukak tv tu." Jelas Ayie sambil menuju ke ruang tamu. Susu yogurt dah habis. Buat penat je aku cari. Orange juice pun jadi la. Bisik hatinya. Along menuruti langkah Ayie dan duduk di atas sofa di sebelah Ayie di hadapan tv di ruang tamu rumahnya itu.
"Ayie. Along nak cakap sikit la." Along membuka bicara.
"Apa dia Along?"
"Sampai bila Ayie nak hidup macam ni? Maksud Along, sampai bila Ayie nak tidur lewat malam, pastu bangun bila hari dah petang? Ayie tak terasa ke nak tidur awal, pastu bangun awal?"
Erk. Tersedak orange juice yang sedang diminumnya. Along ni asal tetiba je tanya pasal ni.
"Ayie terasa jugak nak tidur awal, bangun awal. Ayie dah cuba dah tapi tak boleh la Along. Ayie give up dah."
"Macam mana nak berjaya kalau Ayie tak buat betul-betul. Tak usaha betul-betul. Cuba Ayie usaha tidur awal. Baca buku teks Sejarah yang berhabuk kat dalam kotak tu ke. Konfem Ayie tertidur terus. Ni kalau duk cakap je cuba tapi sambil baring-baring tu duk main game macam mana nak lali nya." Jelas Along.
"Dalam khutbah Jumaat tadi pun ada tegaskan pasal waktu Dhuha. Kepentingan waktu Dhuha. Pagi-pagi ni la pintu rezeki terbuka, rezeki mudah nak masuk. Ke Ayie duk asyik main game time khutbah tadi?" Sambung Along lagi. Serkap jarang.
Okey. Sentap bak hang. Ayie cuma diam tak terkata. Otaknya ligat mendigest apa yang Along bagitau.
"Alah Along. Batman tu boleh je berkhidmat banteras jenayah dengan tidur lewat pastu bangun lewat." Ayie cuba beri dalih. Entah apa kaitannya Batman dalam hal ni. Bantai je la. Janji boleh defend diri sendiri.
"Mana ada Batman bangun lambat macam Ayie. Kan Butler dia tu selalu kejutkan dia awal dengan alasan 'Batman does work at night and sleep in the morning. But a rich playboy works in the morning and sleep at night, sir,'. Lagi satu, Batman tu bangun tidur je workout, sebelum tidur pun workout bukan macam Ayie, buat lemak."
"Orang bangun pukul 3, 4 pagi untuk solat tahajud. Tapi kita pukul 3,4 pagi tu baru nak tidur. Macam mana hidup nak berkat kalau macam ni. Apa kata Ayie cuba untuk ubah gaya hidup Ayie ni. Pastu pagi-pagi ikut Along pergi jogging. Hirup udara segar pepagi. Trust me. You'll love it." Along mengeluarkan hujah-hujah bernasnya. Lawyer lawan student economics. Memang kalah la Ayie jawabnya.
"Nanti la Along. Bila Ayie dapat hidayah nak buat semua tu." Ayie berdalih lagi.
"Takde takde. Esok bangun awal ikut along pergi jogging. You've grown enough my dear brother. Dah tiba masa untuk persiapkan diri sebagai bakal ketua keluarga. Takkan nak biar Damia tunggu lama. Nanti dia cari lain baru tau. Lain la kalau Ayie nak terima cadangan mama petang tadi. Hehe. Okey la. Along naik dulu. Night." Along menghabiskan hujahnya lantas bangun menuju ke tingkat atas. Mengantuk dah dirinya.
Erk. Erk. Erk. Camne Along tau???!!
"Haa! Along lupa nak cakap. Ask yourself. Which one you wanna be. Batman or just a mere bat? Or you're Allah Man? Think carefully and choose wisely!" Teriak Along dari arah tangga.
"Haa! Along lupa nak cakap. Ask yourself. Which one you wanna be. Batman or just a mere bat? Or you're Allah Man? Think carefully and choose wisely!" Teriak Along dari arah tangga.
The End
________________________________________________________
Anak Tikus : Ibu yg terbang tu apa?
Ibu Tikus : Kelawar
Anak Tikus : Muka dia macam kita
Ibu Tikus : Ya,dia sebangsa dengan kita cuma dia amik kos penerbangan
Anak Tikus : @$*&@#$%^&*
(Copy Paste dari FB)
......................................
2316:09112013
train like an athlete
eat like a nutritionist
sleep like a baby
and you'll win like a champion
AN
1 comments
Инстраграмм являться самой популярной площадкой для продвижения собственного бизнеса. Но, как показывает практика, люди еще чаще подписываются на профили в которых уже достаточное количество подписчиков. В случае если заниматься продвижение своими силами, потратить на это можно очень множество времени, потому гораздо лучше обратиться к специалистам из Krutiminst.ru по ссылке https://chancecwpg32109.articlesblogger.com/36006677/ways-to-get-instagram-followers-quickly
ReplyDeletePlease DO NOT post comments containing profanity, sexual terms, or other inappropriate content (including politics, cheats, hacks, and password scams)