Tips Mengatasi Masalah Kegatalan Kulit

by - Friday, October 17, 2014



Assalamualaikum.

     Setelah sekian lama menyepi, kini blog ni kembali dengan wajah yang baru, sesuai dengan azam baru untuk permulaan semester yang baru. Hehe.

     Malam ni tak boleh tidur dek petang tadi, lepas balik kelas dah pun terbongkang tidur atas katil. Tengah-tengah duk skrol News Feed kt FB, terbaca pertanyaan seorang rakan tentang masalah kegatalan kulit yang dihadapinya, terutamanya di bahagian celah ketiak, celah kelangkang dan juga di bahagian private part. 

     Saya yakin, semua orang pernah mengalami masalah kegatalan kulit terutamanya di bahagian private part. Tak kiralah samaada lelaki atau perempuan. Teringat masa mula-mula saya mengadu dekat mak tentang masalah kegatalan yang sangat serius ketika di sekolah menengah. Mak bawa ke klinik swasta yang selalu memang selalu kami sekeluarga pergi. Kat klinik tu hanya seorang doktor sahaja yang bertugas (since tu memang klinik dia). Doktor tu doktor perempuan dan merupakan doktor pakar sakit puan (tapi dia entertain semua jenis masalah. Tak semestinya masalah perempuan sahaja). Time tu, lepas doktor buat check up, dia cakap, tu sebenarnya jangkitan fungal. Puncanya adalah disebabkan oleh humidity yang ada di kawasan yang terlibat. Katanya lagi, disebabkan cuaca kat Malaysia yang sekejap panas, sekejap hujan ni menambahkan lagi risiko untuk terdedah kepada jangkitan fungas. Jadi, doktor cadangkan kepada saya (ketika itu) untuk mengambil beberapa langkah untuk mengelakkan daripada masalah ini daripada kembali berulang di samping memberikan beberapa pil untuk tahan gatal, ubat sapu, ubat mandi dan bedak. 

     Di sini akan saya senaraikan langkah-langkah yang perlu diambil (langkah yang diberikan oleh doktor dan diolah mengikut yang saya rasa sesuai) dan juga produk yang boleh digunakan.


Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil Bagi Mengatasi Masalah Kegatalan Kulit

  1. Kenal pasti jenis kegatalan yang dihadapi. Ada juga sesetengah kegatalan adalah disebabkan oleh alergi dan ada juga disebabkan oleh fungus.
  2. Kenal pasti tahap keseriusan masalah kegatalan. Jika berlaku kegatalan yang sangat kritikal, saya nasihatkan anda supaya berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan dan nasihat yang sewajarnya.
  3. Pastikan bahagian yang dijangkiti itu sentiasa berada dalam keadaan kering. Lap badan setiap kali lepas mandi terutamanya di bahagian-bahagian celah ketiak dan celah kelangkang. Ini untuk mengelakkan berlakunya pembiakan fungus yang berterusan.
  4. Sekiranya bahagian yang dijangkiti itu adalah di bahagian private part (celah kelangkang and etc), pastikan anda memakai pakaian yang membenarkan aliran udara melalui bahagian tersebut. Contohnya, tidur tanpa memakai underwear, sentiasa memakai kain berbanding memakai seluar.
  5. Guna sabun atau shower cream yang bertindak anti-fungal dan anti-bacterial. Cari sabun atau shower cream yang mempunyai fungsi kedua-dua anti-fungal dan juga anti bacterial. Sabun anti-bacterial sahaja tak mampu untuk meredakan pembiakan fungus. Contoh sabun antifungal yang boleh digunakan adalah Franch Neem Hygiene Protection Soap .
  6. Sapu cream anti-fungal pada bahagian yang dijangkiti. Pergi farmasi dan cari cream anti-fungal. Anda juga boleh gunakan bedak anti-fungal seperti bedak Candid Clotrimazole (bedak ni sangat berkesan dalam mengatasi masalah fungus). 
  7. Bagi wanita, amalkan penggunaan feminine wash agar bahagian vagina anda sentiasa berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada pembiakan bakteria dan fungus. Suggestion feminine wash yang bagus untuk digunakan adalah Lactacyd Probalance pH 3.5.
  8. Amalkan pemakanan yang sihat dan banyakkan minum air masak.

Produk Yang Boleh dan Disarankan Untuk Digunakan

# Kesemua produk ini telah terbukti berkesan melalui pengalaman saya sendiri menggunakannya.

Franch Neem Hygiene Protection Soap 
(Website | Facebook)

Boleh didapati di Mydin, Giant, Watsons, Farmasi


 Candid Clotrimazole Dusting Powder

Boleh didapati di farmasi. Kena minta dekat kaunter kerana ni ubat terkawal.

Lactacyd Pro Balance Daily Feminine Wash

Boleh didapati di farmasi, watsons, guardians

     Tips yang diberikan di atas adalah berdasarkan amalan saya sendiri. Sekiranya anda mengalami masalah yang lebih serius, adalah dinasihatkan supaya berjumpa directly dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Akhir kata, take care of your personal hygiene. Jangan tunggu sehingga mendapat penyakit yang serius baru nak ambil tau tentang personal hygiene. Bertindaklah daripada sekarang. Prevention is better than cure. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda di bawah. Terima kasih. :)

You May Also Like

4 comments

  1. Bedak tu boleh guna pada area private juga ke...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. [REPOST]
      Yup. Setahu saya, ubat candid tersebut boleh digunakan di mana-mana bahagian badan yang dijangkiti fungus. Ubat tersebut boleh didapati di mana-mana farmasi. Kena mintak dekat kaunter pharmacist kerana ia adalah sejenis ubat sapu berbentuk bedak. Ia bukanlah medicated talc seperti bedak Aiken. Ubat Candid Clotrimazol ni jugak terdapat dlm bentuk krim sapu. Harap membantu. tq. :)

      Delete
  2. nak tanya, masa awak pegi doktor tu, dia check macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. [REPOST]
      Salam. Doktor tgk kat bahagian yg kena jangkitan. Takde kena scan apa2. Jadi, sebolehnya jumpa doktor perempuan la. Harap menjawab soalan. hehe. :D

      Delete

Please DO NOT post comments containing profanity, sexual terms, or other inappropriate content (including politics, cheats, hacks, and password scams)