• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise
Facebook Instagram Twitter youtube Google+

Live to Inspire


Assalamualaikum..

     Today's post is a little bit sentimental. But no harm intended.  Cuma untuk melegakan hati yang sedikit keresahan dek dosa yang bertambah-tambah apatah lagi pada hari raya ni. Ye la. Mana tak bertambahnya bila jumpa saudara-mara, sahabat-handai, mulalah bergosip itu dan ini. Astaghfirullah. Lalainya aku. Okep. Back to our topik. "Best Friend Forever Kah Kita?". Sebenarnya post ini lebih kepada meminta pendapat berbanding memberi pendapat. The story begins...

     Aku ada seorang sahabat lelaki, L (bukan nama sebenar). L adalah seorang lelaki yang baik n dia sebenarnya adalah seorang yang pendiam dan kurang mesra. Aku mula kenal L pada tahun 2007 (satu sekolah dan satu kelas) tapi aku mula bercakap dengannya pada akhir tahun 2009 (kerana sekolah kami membatas perhubungan lelaki dan perempuan dan dia bukan seorang yang agak peramah yang rapat dengan perempuan). Kami berhubung pun kerana sahabat perempuan aku, M (mereka saling berhubung dan saling menyukai). Sejak dari tu, aku selalu berhubung dengan dia dan mostly sebab berhubung tu adalah untuk berbincang tentang apa-apa masalah dan perjalanan kisah cinta mereka berdua (L dan M).

     Ketika itu, aku dan L hanyalah bersahabat kerana L perlukan nasihat dan bantuan aku untuk kisah cintanya (kalau takde apa-apa masalah, kami tak berhubung n lost contact. He will find me only when he needs me). Hubungan tersebut berterusan sehingga tahun 2011. Pada tahun 2012, Kami bergaduh besar. And starting from that, hubungan kami mula rapat as a friend (bukan kerana kaunseling cinta seperti sebelum ni). Tapi still, rapat-rapat pun kami, I'll not ask him for advice because asking him just like I'm asking the wall. No response is given.

     We always go out together and of course with the presence of our other friends. My mom knows about him and he always come to my home and I also always go to his home (of course because of some occasions and reasons.) Tapi kadang-kadang terfikir jugak aku. Kami ni sebenarnya berada dalam kategori mana? Bestfriend or just a simple friend? Nak kata bestfriend, macam tak logik. Nak kata kawan biasa, macam tak macam kawan biasa.

Nak tau kenapa aku cakap macam tu? baiklah. Berikut adalah point-point nya:

1) Dia lupa nama full aku dan ingat-ingat lupa tarikh birthday aku (tak tau la kalau sekarang dah ingat sebab sepanjang 4 tahun kami berkawan, 4 tahun tu jugak la aku ingatkan dia. huhu)

2) Aku sayang dia sangat-sangat (as a friend yg rapat ngan kita la) tapi tak tau sama ada dia sayang aku atau tak. (nampak gaya mcam tak je (_ _") )

3) Bila aku ceritakan masalah aku kat dia, dia buat tak tau je. Tak pon dia bagi je apa-apa pendapat yang tak munasabah dan langsung tak membantu. Kadang-kadang dikutuknya lagi aku ni.

4) Dia selalu minta pendapat aku bila dia ada masalah dan aku selalu tolong dia fikir penyelesaian. (Tiket balik kampung untuk raya hari tu pun aku yang kena fikir dan ikhtiar cari tiket)

5) Sometimes, perangai dia macam budak kecik, terlebih manja. Sampai nampak macam aku ni mak, dia anak.

6) Kami tak pernah declare yang kami kawan baik. And dia tak pernah pun mengaku depan aku yang aku ni kawan dia.

7) Satu je yang bagus pasal dia, asal aku suruh dia buat apa-apa je, dia buat dengan rela hati. tak perlu paksa-paksa. Maybe sebab aku selalu penuhi permintaan dia kot. kira balas budi la tu kot.

8) Bila dia start rapat dengan kawan perempuan yang lain, aku jealous. Aku bukanlah jenis yang pandai berkata-kata, bukan jugak jenis yang pandai buat orang suka dengan sikap aku. Jadi, bila dia mula rapat dengan orang lain, of course aku rasa tersisih. Aku tak nak hubungan kami terhenti setakat ni je. That's not what "Friend" means.

      Tak tau nak cakap macam mana. Kadang-kadang aku tertanya sendiri. Kawan baikkah aku dengan dia ni? Aku akui, he's my bestfriend but, siapa aku pada dia? Kawan baik jugak ke? Sebab tu aku tak mengaku apa-apa pun pasal ni. Aku sebenarnya tak naklah meng"complicated"kan otak aku ni.  Dah la tengah-tengah best cuti raya ni. Tapi, sebanyak mana pun aku cuba ignore, aku tetap jugak terfikir. Kita ni bestfriend ke kawan biasa sebenarnya?  Haih. Masih tak terjawab soalan tu. Apa pun, Aku nak cakap, no matter who I'm to you, you're always will be my friend, forever because I made that promise. remember? (of kos hang tak ingat. mana ada aku janji nak sehidup semati ngan hang. nak mati, p mati sensorang. xyah ajak aku.) Peace no war. If siapa-siapa nak bagi pendapat, jangan malu-malu, jangan segan-segan, please drop your comment below dan tolong jawab soalannya sekali ek. hehe. :)

(Situasi lepas kena dump)
Aku: Susahkan nak terima kenyataan yang org yang kita sayang tak sayang kita. Pahitnya sebuah kenyataan. :'(
L: Betul2. Jom bunuh diri.
Aku: Kepala hotak hang. Nak mati, p mati sorang2. Tak payah ajak aku. Aku masih ada iman~~

L: Nanti iftar kat umah kau tu aku tak join kalau si H ada.
Aku: awat lak?
L: Aku takut.
Aku: Laa.. gaduh lagi ke ngan dia?
L: Biar la. Tapi aku tak nak p lau dia ada. Atas kau ah. Kau nak dia p ke aku yang p. Salah sorang je boleh
Aku:.........
(Last-last kau mai jugak walaupun si H ada. Haih. Macam-macam)

P/s: to L, if you happened to read this post (walaupun aku tau kau takkan baca sebab kau malas nak baca)... tolong jawab soalan aku tu ek. jangan lagi kau biarkan aku tertanya-tanya dan confused. Bukan apa. letih tau berfikir. Kesian kat aku ni. Dah la ada migrain. T.T Just kidding. Kbai.


"O mankind, indeed We have created you from male and female and made you peoples and tribes that you may know one another. Indeed, the most noble of you in the sight of Allah is the most righteous of you. Indeed, Allah is Knowing and Acquainted." (Al-Hujurat 49:13)

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Assalamualaikum...

     Setelah berbulan2 blog ni dibiarkan terbiar, dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap blog ni, maka, pada malam ini, jari-jemari ini kugagahkan jua untuk mencoretkan satu cerita buat tatapan semua meskipun mata sudah berat meminta-minta untuk ditutup, maklumlah, beraya sakan pagi tadi. Nasib tak pengsan je tadi. hehe. Anyway, taknak cakap banyak, so enjoy your reading! :)

Ramadhan Buat Diriku

9 Julai 2013

     Hari ini merupakan hari yang paling gembira dalam hidup aku kerana pada hari esok aku akan dikunjungi Ramadhan yang telah lama aku nantikan. setelah mendapat berita tentang kedatangannya untuk berjumpa denganku, aku berasa sungguh tidak sabar untuk menyambutnya. Segala persiapan telah aku lakukan supaya aku dapat berjumpa dengan Ramadhan dalam keadaan yang terbaik.

10 Julai 2013

     Ramadhan tiba lebih awal dari yang aku jangkakan. Tapi tak mengapa. Aku lagi suka. Siapa sangka aku masih berpeluang untuk bertemu lagi dengan Ramadhan setelah setahun tidak bersua muka dengannya. Sejak dari awal Ramadhan datang, sehinggalah pada saat aku tulis diari ini, tidak dapat kugambarkan betapa gembiranya hati ini. Azamku, ingin kuperangi Ramadhan habis-habisan agar tahun ini aku tidak lagi kalah kepadanya. Hebatnya Ramadhan.

29 Julai 2013

      Hari ini telah genap 20 hari Ramadhan bersamaku. Dan kehidupanku semakin sibuk. Melihatkan keadaanku yang tidak terurus dan sentiasa mengeluh keletihan, lalu Ramadhan menegurku, "Letihkah kamu? Tidakkah kamu ingin sangat bertemu denganku? dan sekarang, setelah aku datang bersua muka denganmu, kamu mengeluh mengatakan kamu letih bersamaku? Sejauh manakah penantianmu terhadapku sebenarnya? Adakah sekadar menantikan aku datang agar aku melihat segala kelalaianmu?" Aku hanya diam membisu. Lalainya aku.

7 Ogos 2013

     Masa berlalu dalam sekelip mata, tersangatlah cepat lagaknya, entah apa yang dikejarkannya. Petang tu Ramadhan bersiap-siap untuk pergi. Saat Ramadhan hendak pergi, kutahan dirinya lalu bertanya, "Mahu ke manakah kamu?" Ramadhan menjawab, " Maaf. Aku harus pergi, mungkin  lama dan mungkin jugak aku tidak akan kembali lagi menemuimu. Pesanku padamu, ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukamu, peluklah Istiqamah saat dirimu kelelahan dalam perjalanan Taqwamu. Ingatlah pada Iman dan peganglah ia seerat-eratnya saat dirimu lalai dalam keinsafan.Itupun Syawal telah tiba.. maka aku harus pergi sekarang. Selamat tinggal." Syawal datang menghampiriku manakala Ramadhan pergi meninggalkan aku. Aku lihat dirinya yang semakin menjauh dariku.. ya, dirinya makin jauh seakan-akan ia tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.. Hatiku berbisik, " Ya Allah.. Masih adakah peluang untuk aku bertemu Ramadhan lagi? Berikanlah aku kesempatan untuk bertemu dengannya lagi. Sungguh, aku ingin bertemunya lagi pada tahun depan. Amiin.. " Sesudah itu, kujemput Syawal masuk.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

Maaf Zahir dan Batin :)

 



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

STUDENT | ENTREPRENEUR | DESIGNER | FITNESS ENTHUSIAST
Hi, I'm AN, the author of this blog. I write about everything that evolves around me including my fitness journey. Yosh!
I am writing with a purpose to INSPIRE others especially to those who share the same life story as me. LIVE TO INSPIRE!

Blog Archive

  • ►  2016 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2014 (1)
    • ►  October (1)
  • ▼  2013 (11)
    • ►  November (4)
    • ▼  August (2)
      • Bestfriend Forever Kah Kita?
      • Ramadhan Buat Diriku
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (2)
    • ►  November (2)

Join Us!

Tweet Tweet

Follow @afifahnbilah
Tweets by afifahnbilah

Sponsor

Facebook Twitter Instagram Pinterest Bloglovin
FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose