"Ya Allah... Jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu... Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.." -Asyraf Haikal-
Iman Farha, seorang gadis biasa yang berperwatakan agak kasar, telah ditakdirkan untuk bertemu dengan seorang lelaki kacak lepasan tahfiz melalui sebuah program yang dianjurkan oleh sebuah NGO di ibu negara Kuala Lumpur. Iman Farha yang dilabel sebagai seorang yang high taste dalam menilai diri seseorang lelaki oleh sahabat-sahabatnya itu telah jatuh suka pada lelaki tersebut. 'Cinta pandang pertamakah itu? Jika benar itu cinta pandang pertama, kenapakah dia jatuh suka pada lelaki tersebut pada pandangan yang entah ke berapa, yang pasti bukan pada pandangan pertama?' soal hati Iman Farha. Sejak dari hari itu, hidupnya mula berubah. Segalanya menjadi tunggang terbalik dan huru-hara hidupnya sehinggalah dia nekad untuk melakukan sesuatu yang tak terfikir dek akal yang waras yakni sesuatu yang kurang normal bagi seorang gadis untuk melakukannya. Maka bermulalah perjalanan cinta Iman Farha yang tak semudah mengungkapkan kata I LOVE YOU.
Iman Farha- "Yes. I love you. Kalau memang jodoh itu milik kita, then we'll meet again 5 years later. It's a promise."
Asyraf Haikal- "Entahlah. Aku sendiri tak pasti tentang perasaan aku terhadap dirinya. Sejak dia pergi, aku seakan-akan kehilangan separuh dari diri aku."
Abid Zafran- "Aku pasti dia diciptakan untuk kau. Bukan untuk aku, juga bukan untuk sesiapa sahaja lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya. Dia hanya untuk kau. It's a fact."
Irine Nadya- "I love you! Susah sangat ke nak faham perasaan aku kat kau?"
Cinta itu hadir tanpa diundang, tanpa disedari kini cinta itu telah menjadi miliknya. Tapi cintanya tidak semudah mengucapkan kata cinta. Banyak hati yang terluka dan kecewa kerana cintanya itu. Sampai satu saat, dia tertanya-tanya, pastikah dia bahawa cinta itu adalah miliknya buat selama-lamanya? Sedangkan pantai lagikan berubah, inikan pula hati manusia! Tegarkah dia menerima takdir cinta yang telah tertulis untuknya?
0 comments
Please DO NOT post comments containing profanity, sexual terms, or other inappropriate content (including politics, cheats, hacks, and password scams)